Remove the FlashVortex.com advertising by subscribing to the members' area.

Friday, September 17, 2010

"21ST CENTURY SCHOOLS"

PENGENALAN


Kepentingan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam abad ke-21 tidak dapat dinafikan lagi.
Pada abad ini perkembangan pesat pada teknologi informasi dan komunkasi seperti television, telefon, komputer, dan internet mengalami perkembangan yang luar biasa. Lewat perkembangan ini, dunia seolah-olah berada dalam genggaman kita. Informasi yang ada dibelahan bumi lain, secepat kilat akan sampai dibelahan bumi lainnya lewat short message system (SMS) atau berita di internet. Tidak ada lagi informasi yang dapat disembunyikan dengan perkembangan pemantauan satelit yang diakses lewat google earth dan google map. Isu ini lah yang telah di bincangkan dalam video ini di luar Negara dan temuramah telah dilakukan kepada masyarakat dari pelbagai kategori iaitu dari peringkat 'ICT consultant' , 'head of ICT', 'headteacher', ibu bapa dan pelajar sendiri.

PENERANGAN HASIL PERBINCANGAN

Hasil dari perbincangan melalui video yang disediakan khas untuk "Department of Childrens, Schools and families", serta hasil dari temubual masyarakat dari negara luar mendapati penggunaan ICT adalah penting untuk mentransformasikan maklumat kepada masyarakat tempatan dan seluruh dunia. Persaingan masyarakat dunia dan perubahan kepada masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru terutama dalam bidang pendidikan. Ini penting untuk membentuk kemahiran diri kepada pelajar dan tahu menggunakan teknologi ICT bila mereka meninggalkan sekolah.

Menurut Gareth Mills (QCA), peranan ICT dalam kurikulum dan ICT sebagai alat pembelajaran penting untuk membantu pelajar serta dapat memberi satu kemahiran dalam penggunaan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi. Secara tidak langsung pelajar akan dapat menggunakan teknologi terkini dan dapat menguasai kemahiran ini. Untuk mencapai matlamat ini dan mewujudkan masyarakat bermaklumat, maka inisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dan multimedia dalam P&P adalah perlu. Pelbagai usaha dijalankan untuk meningkatkan kemahiran ICT dan memaksimakan pengunaannya.

Menurut Thomas dan Knezek (1991), dari hasil kajian mengenai mengintegrasikan ICT dan penstrukturan sekolah. Mereka mendapati perubahan perlu dilakukan untuk merealisasikan penstrukturan sekolah seperti mengadakan perubahan dalam pembelajaran, peranan guru, kurikulum, kepimpinan organisasi dan keewangan. Pada pendapat saya ini perlu dan penting untuk menjayakan penggunaan ICT di seluruh dunia khasnya.

Di Malaysia khususnya ICT sudah digunakan secara menyeluruh dalam P&P dan pengurusan sekolah. Murid-murid di beri peluang sepenuhnya dalam implementasi ICT di sekolah, guru-guru menguasai kemahiran ICT dalam perkakasan , rangkaian dan perisian serta sistem rangkaian sekolah mantap dan komunikasi mealui e-mail menjadi amalan harian.

Penggunaan internat dapat memberi banyak manafaat kepada guru dan pelajar untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan. Ini sesuai dengan pendapat Stephen Heppell (ICT consultant) dimana beliau menyatakan penggunaan ICT tidak boleh dianggap sebagai bantahan terhadap penggunaan buku selesai. Ini penting untuk kurikulum pada masa hadapan dan sesuai dengan perkembangan teknologi semasa. Dengan teknologi ini, maklumat yang akan diperolehi tidak terhad dan tidak terdapat halangan bagi semua orang untuk memperolehinya. Pendapat beliau turut di sokong oleh Zalina Yahaya (2001), Zalina berpendapat melalui portal pendidikan tempatan dan luar yang disediakan , guru dan murid dapat memanafaatkannya sebaik mungkin. Portal pendidikan dapat memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid dalam sesuatu matapelajaran terutama dalam subjek sains yang memerlukan eksperimen.Tambahan perubahan dalam portal sentiasa dikemaskini dan murid banyak mendapat bahan baru berbanding dengan buku teks yang diperbaharui 5 tahun sekali.

Sekolah bertindak sebagai institusi yang menghasilkan generasi berpengetahuan pada masa mendatang harus peka terhadap perkembangan yang terjadi. Jika tidak, maka anak-anak yang kita didik akan tertinggal dengan perkembangan zaman. Kerana perkembangan informasi dan komunikasi ini tidak mempunyai toleransi, pilihannya hanya dua, iaitu mampu beradaptasi dan diadaptasi atau akan tertinggal ke belakang.

Guru pada abad ini dan abad selanjutnya harus melakukan akselerasi terhadap perkembangan informasi dan komunikasi. Pembelajaran di kelas dan pengelolaan kelas, pada abad ini harus disesuaikan dengan standard kemajuan teknologi informasi dan komunikasi, atau yang lebih dikenal dengan ICT (information comunication technology). Guru yang mengendali kelas berasaskan ICT yang akan menggalakkan daya adaptasi pelajar terhadap kemajuan teknologi informasi dan komunikasi pada masa akan datang.

Sekarang dunia pendidikan berasaskan paradigm dengan menggunakan teori konstruktivisme. Jika dahulu pengetahuan pelajar bergantung kepada penerangan dan penjelasan guru, dan pelajar dianggap sebagai tidak mempunyai pengetahuan, tetapi sekarang pelajar harus dianggap telah memiliki pengetahuan awal dan tugas guru adalah mengkonstruksinya agar potensi yang sedia ada akan berkembang. Guru berperanan memberi panduan kepada pelajar. Pelajar hanya perlu mendapat maklumat dengan mengases dan menggunakan format digital book. Pencarian informasi dapat dilakukan dengan mudah dengan menggunakan Google dan Yahoo. Seterusnya Wikipedia juga turut memberi informasi terkini dan maklumat mudah diperolehi.

Di Malaysia kajian yang dilakukan oleh Zaini (2006) terhadap 8 buah sekolah, mendapati adanya sokongan dan kesedaran perlaksanaan dasar ICT terhadap kepentingan ICT, kerjasama antara warga sekolah, peralatan yang lengkap, kursus dan pendedahan ICT kepada guru dan insentif kepada guru. Ini penting untuk memastikan guru dibekalkan dengan pengetahuan dan dapat memberi informasi terkini kepada pelajar.

Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat menuntut agar beberapa perubahan dibuat di dalam sistem pendidikan. Kualiti pendidikan Negara akan bertambah baik jika ICT digunakan kerana ia boleh meninggikan minat dan motivasi untuk belajar, di samping mempercepatkan proses belajar. Kualiti pendidikan negara akan bertambah baik jika ICT digunakan kerana ia boleh meninggikan minat dan motivasi untuk belajar, di samping mempercepatkan proses belajar. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi menukar secara besar-besaran cara pelajar menimba, mengguna dan mengedarkan ilmu pengetahuan. Dengan sendirinya ini membolehkan pelajar bersedia untuk bersaing secara global.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyesuaikan diri dengan perubahan ini dengan memperluaskan penggunaan ICT di sekolah dan di institusi pendidikan tinggi. Ini bermula dengan memperkenalkan subjek-subjek berkaitan seperti Perkomputeran dan Teknologi Maklumat untuk pelajar di peringkat menengah dan mendirikan Sekolah Bestari untuk mendedahkan murid-murid dari peringkat rendah lagi kepada komputer yang digunakan untuk proses mengajar dan belajar. Rata-rata boleh dirumuskan bahawa kerajaan di Malaysia hari ini berusaha memberi keutamaan dalam membentuk masyarakat bermaklumat dan berilmu menerusi

penggunaan ICT secara meluas dan menyeluruh.

Pada tahun 2003 pula dasar Kementerian Pendidikan dalam penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik merancakkan lagi penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam dunia pendidikan di mana sebanyak 5 bilion ringgit telah diperuntukkan untuk melakasanakan pengajaran matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris. Ini termasuk membekalkan alat ICT di sekolah seperti Projektor LCD dan komputer 'notebook' (Berita Harian, 20 Julai,2002)

Menyedari hakikat ini, lebih ramai tenaga pengajar di institusi pendidikan mengorak langkah seiring dengan zaman ledakan maklumat dengan membina perisian-perisian kursus serta laman-laman web untuk membantu dan mengubah corak pengajaran dan pembelajaran ke arah pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Keadaan ini bersesuaian dengan peranan guru masa kini yang mengalami transformasi dari seorang pembawa dan penyampai maklumat kepada seorang pengurus, jurulatih dan fasilitator (Gallo & Houton, 1994; Killian, 1995).

Era teknologi maklumat, World Wide Web (WWW) telah menjadikan internet lebih mesra pengguna di mana ia dapat mengintegrasikan grafik, teks dan bunyi ke dalam satu halaman paparan. E-pembelajaran ini dapat digunakan secara luas iaitu pelajar dapat mengakses bahan serta mempelajarinya mengikut keperluan sendiri. Ia bersifat kos efektif di mana banyak bahan yang terdapat pada pelbagai laman mampu diakses oleh guru dan pelajar tanpa menggunakan banyak kos. Malah sumber percuma dalam internet banyak mendatangkan keuntungan kepada pengguna untuk tujuan e-pembelajaran dan juga bidang-bidang lain (Fakhrul, 2002).

Ini berbeza dengan cara tradisional dimana kosnya lebih mahal untuk membeli buku, jurnal dan sebagainya. Bahan yang terdapat dalam internet juga mudah dikemaskini dan maklumatnya terkini. Ini bermakna penggguna khususnya pelajar dan guru dapat mencari maklumat yang terkini. Oleh sebab itu, kemajuan canggih yang mampu menjimatkan masa dan penggunaan tenaga malah memudahkan pemindahan dan tranformasi maklumat ini, bergerak dan berlaku dalam ruang siber atau maya yang tiada lokasinya, kini semakin menjadi realiti dalam dunia pendidikan di Malaysia (Azwan & Rozita. 2002).


 

Menurut, Rosenberg (2000), multimedia dapat menambahkan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi dengan hanya menambahkan multimedia kepada program pembelajaran yang tidak berkualiti, ianya tidak dapat meningkatkan kualiti pembelajaran. Teknologi hanyalah suatu faktor pemangkin ke arah mempercepatkan proses keberkesanannya, manakala kemahiran dari aspek pedagogi serta psikologi adalah diperlukan. Oleh itu, ketiga-tiga aspek pedagogi, psikologi dan teknologi harus dapat diintegrasikan dalam proses penyampaian ilmu. Usaha ini

harus dilakukan secara berterusan ke arah melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi seperti mana yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Dari segi komunikasi seperti penggunaan e-mail. Chat room, neet meeting guru dapat berkomunikasi dengan pelajar serta dapat bertukar fikiran dengan sekolah yang lain. Pertukaran maklumat antara sekolah dari luar Negara adalah digalakkan memandangkan faedah dari segi meningkatkan komunikasi baru antara guru dan murid disamping mendapat ilmu baru mengenai kebudayaan dan Negara masing-masing.

Charles Robert ( Head of ICT) berpendapat dari website pelbagai maklumat dapat diperolehi dan dapat membangunkan 'Website tool' yang baik dan sentiasa 'up date'. laman web ini dibangunkan dengan menggunakan perisian pengarangan seperti Macromedia

Dreamweaver MX dan beberapa sistem penggubahan sokongan yang lain seperti

Adobe Photoshop CS2 dan Macromedia Flash MX. Laman web yang terhasil disebarkan ke internet supaya dapat dicapai di seluruh pelosok dunia. Bermula di sini pelajar, individu , kumpulan dan masyarakat dapat membentuk website sendiri. Pelbagai pilihan dapat dibuat untuk mencipta website sendiri dengan memasukkan pelbagai kategori seperti 'fansite: animie, celebrities, movies, tv …., Family: babies, reunion,travel, weddings…,Personal, Arts,Support'dan lain-lain lagi.

Dengan membentuk website, individu boleh mencipta blog,memasukkan notes,photo, video,Music, calendar, reviews dan link. Dari sini perniagaan dapat dijalankan dengan memasukkan photo keluaran berkaitan untuk berniaga. Dengan menggunakan teknologi terkini masalah untuk mendapatkan maklumat dapat diselesaikan dengan segera atau untuk mendapatkan sesuatu barangan mewah serta bantuan atas cukai yang dikenakan.Oleh itu masyarakat itu sendiri harus menyedari bukan kerana perbelanjaan yang akan dikeluarkan tetapi faedah dari penggunaan ICT sendiri yang mana melibatkan jutaan manusia. Malahan ICT bukan sahaja bertindak sebagai kamera dengan gambaran yang lebih jelas atau mendengar muzik dengan jelas dan sebagainya malahan pelbagai info boleh didapati seperti resepi, berita terkini, panduan mengikat tali leher, memakai dan mengikat tudung dan pelbagai lagi.

Malahan penggunaan ICT turut di kolaborasikan dalam pelbagai bidang secara meluas. Pelbagai Jabatan turut memandang positif perkembangan teknologi ini di seluruh dunia samada dari segi perubatan, perniagaan, pendidikan, sukan dan sebagainya. Masyarakat turut mendapat maklumat terkini tentang sesuatu perkara dan mempunyai pengetahuan yang luas jika dibandingkan dari apa yang kita perolehi di sekolah kerana maklumat hanya boleh didapati di hujung jari dengan menggunakan ICT.

Kini masyarakat tidak perlu lagi membuang masa untuk beratur di setiap kaunter untuk menjelaskan sesuatu bil seperti bil air, api, kereta, dan sebagainya. Bil hanya dapat diselesaikan dari rumah. Inilah kemudahan yang telah dan kini di rasai oleh manusia seluruh dunia dan ICT akan terus berkembang dan berkembang dan manusia sejagat tidak harus ketinggalan untuk mendapat kemahiran ini serta mengaplikasikan dalam kehidupan harian kita.

Penggunaan ICT juga adalah baik dalam komunikasi kini dimana teknologi terkini telah menggunakan computer sebagai salah satu komunikasi selain dari menggunakan telefon bimbit untuk berkomunikasi. Penggunaan telefon bimbit sendiri turut memasukkan modem bagi memudahkan pengguna melayari internate tanpa memiliki computer atau notebook.

Kemudahan ini perlu diterima oleh masyarakat dengan fikiran yang positif dan sebagai manusia kita sendiri harus menimbangkan dan memilih sesuatu berita dengan fikiran yang waras dan tidak menyalahguna teknologi yang diperolehi. Dari internat juga kita akan mengetahui berita buruk tentang sesuatu skandal yang berlaku. Tetapi terpulang pada individu atau masyarakat untuk mempercayainya atau terus mengikuti perkembangannya.

KESIMPULAN

Dengan kemajuan teknologi maklumat secara globalisasi, kita tidak seharusnya ketinggalan untuk memiliki kemahiran dan pengetahuan depan mata. Mungkin pada masa hadapan generasi muda akan hidup dalam suasana yang serba canggih dan sofistikated selaras dengan perkembangan teknologi. Dengan perubahan dan perkembangan ICT secara pesat, pelajar akan dapat mengakses maklumat dari rumah dan berkomunikasi dengan guru secara online. Secara tidak langsung pelajar akan memiliki kemahiran dan pengetahuan teknologi sedia ada.


 

RUJUKAN


 

1. Kearsly ,G.,& Lynch,B (1992),Educational leadership in the age of Technology.

The new skill.Journal of research on computing in education, 25(1),50-61.


 

2. Loo Chiew Hui (2006), Pembelajaran Berbantukan Komputer : Pembangunan

Laman Web Subjek Bahasa Pengaturcaraan I Bagi TajukStruktur Kawalan

dan Pilihan, Universiti Teknologi Mara, Kuala Lumpur.

3. 21st century schools ( 2009), http://www.youtube.com/watch?v=ScUq7iZk9rQ

4. Zaini Ahmad (2006), Perlaksanaan Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Dalam Pendidikan di Sekolah Rendah. Kajian Ilmiah Doktor Falsafah, Universiti Malaya,

Kuala Lumpur